Monday, March 23, 2009

KEHIDUPAN KITA TERANCAM

Pagi itu seperti biasa saya datang ke pejabat tempat mencari makan. Sampai saja saya terus menghidupkan enjin komputer saya sambil mengemaskan meja yang tidak sempat saya lakukan semalam..seperti biasa saya login dengan password peribadi di komputer tersebut dan meng"click" pada ikon internet dengan tujuan membuka email jabatan saya...uhhh!!! banyaknya email berderet ni..'macamana juga begini banyak ni sedangkan kemarin petang tiada pun'. Saya merungut..

Saya menyusuri satu persatu email tersebut melihat mana-mana tajuk yang paling penting untuk diambil tindakan dulu..hehehe..dalam banyak-banyak email yang saya terima itu, saya tertarik pada satu email daripada www.earthhour.com..maka, dalam artikel yang saya baca tu saya terpanggil untuk membuat kesimpulan dan komen mengenai artikel yang saya baca tu..sila renungkan.

Seperti yang kita tahu, dunia kita serta segala hidupan yang ada di dalamnya termasuk kita sebagai manusia sedang menghadapi bencana dan risiko kemudaratan yang dianggap sebagai "pembunuh ekologi" iaitu PEMANASAN GLOBAL (global warming)..sedar atau tidak, isu ini telah lama diperkatakan dan dibincangkan oleh pihak2 pakar dari serata negara bagi mencari pendekatan kepada penyelesaian masalah ini..namun, bertahun sudah berlalu, keselesaan yang dialami oleh manusia menyebabkan kita lalai dan alpa untuk menyedari bahawa bencana ini semakin menunjukkan kehebatannya..

Menurut pakar alam sekitar, terdapat dua kesan yang paling besar yang akan dialami oleh bumi serat isinya iaitu:
1. Peningkatan suhu 3 hingga 5 darjah celcius yang boleh menimbulkan banyak masalah kepada tanaman, bekalan air, keselesaan bernafas, dan kewujudan penyakit yang tidak pernah ada sebelum ini.
2. Akibat peningkatan suhu juga turut menyumbang kepada peningkatan paras air laut sehingga 82 kaki (25 meter) menjelang tahun 2100..dan saya merasakan ianya akan berlaku jauh lebih awal daripada yang dijangka kerana perkiraan itu cuma mengambilkira aktiviti bumi ketika ini sahaja. Bayangkan pada masa itu, banyak pulau dan kawasan rendah yang akan tenggelam akibat kenaikan paras laut ini.

Daripada dua kesan utama ini, saya berpandangan bahawa ada banyak lagi kesan sampingan yang akan menyusul, dan yang mengerikan ianya telah mula berlaku sekarang..sedarkah kita bahawa alam kita (Malaysia Khususnya) tidak lagi seperti 10 tahun atau 20 tahun yang lalu..kalau dulu kita boleh berbangga kerana kita terkeluar daripada kawasan yang berisiko menerima bencana alam yang teruk..tapi, kini kebanggaan dan keselesaan itu sudah tidak relevan lagi..lihat saja, dulu kita jarang mendengar kawasan di negara kita yang terjejas teruk dengan banjir, tapi kini seolah-olah banjir itu sudah menjadi rutin setiap tahun dan ianya berlaku tidak mengira tempat..kebakaran juga turut menempatkan diri. Pemanasan melampau pada ketika tertentu menyebabkan kebarakan hutan yang banyak memusnahkan khazanah alam kita..
lantaran itu, akibat jangkamasa panjang adalah pada kehidupan kita seharian dan juga kepada generasi kita yang akan datang. Penghasilan sumber alam yang semakin merosot, pertambahan percemaran yang mengundang banyak penyakit baru...semua ini membawa kita kepada suatu medium kehidupan yang semakin terseksa. Mahukah kita melihat keadaan ini berlaku dengan begitu saja tanpa melakukan sesuatu..oleh itu, sahabat2 sekalian, terdapat beberapa saranan yang kita boleh lakukan setiap hari dalam kehidupan kita bagi melambatkan atau mengurangkan lagi kesan pemanasan global ini. Antara perkara yang kita perlu lakukan adalah:

1. Penjimatan penggunaan sumber kuasa
Stesen janakuasa menyumbang 22% kepada pelepasan gas karbon dioksida di udara. Oleh itu,
dengan mengamalkan penjimatan terhadap penggunaan tenaga elektrik di rumah, pejabat dan di mana saja, kita dapat mengurangkan kadar pelepasan gas CO2 ini. Bagi yang bkesempatan, kita boleh menyertai kempen memadamkan lampu selama 1 jam bermula pukul 8.30mlm hingga 9.30 mlm pada 28 Mac 2009. Dengan penyertaan yang ramai mengenai kempen ini diharapkan dapat menjadi satu trend kepada pengguna untuk mengamalkan penjimatan.

2. Meminimakan penggunaan plastik
Plastik yang dihasilkan melalui pemprosesan industri menyumbang 17% kepada pelepasan gas CO2 diudara. Selain itu, proses penguraian (pereputan) plastik secara semulajadi adalah sangat lambat disamping membebaskan racun-racun berbahaya semasa pereputannya. Kandungan bahan kimia berbahaya yang akan masuk ke sistem pengairan (sungai, tasik) mengundang banyak risiko kepada kesihatan hidupan yang meminumnya. Sebagai satu contoh, di negara Jepun kandungan bahan kimia jenis Cadmium didapati sangat tinggi pada ikan-ikan yang ditangkap di sungai dan pesisir pantai negara itu. Budaya masyarakat negara itu yang gemar memakan ikan dalam rutin makanan harian mereka sangat terdedah kepada risiko kerosakan buah pinggang dan hati.

3. Meminimakan penggunaan bahan api
Ini sangat jelas bahawa pembakaran bahan api seperti minyak kenderaan menyumbang 14% pelepasan gas CO2 diudara. Sebagai pengguna setia kepada kemudahan ini, adalah lebih baik sekiranya kita dapat mengurangkan penggunaan kenderaan untuk perkara-perkara yang kurang penting dalam kehidupan kita.

3 perkara di atas merupakan isu utama yang perlu kita ambil perhatian secara serius. Kalau kita perasan, CO2 adalah penyumbang terbesar kepada pemanasan bumi kita. Banyak kajian pakar sains yang mempublishkan hasil kajian turut bersetuju bahawa peningkatan kandungan CO2 di udara menyebabkan peningkatan suhu bumi. Namun, terdapat juga banyak perkara-perkara kecil yang kita turut perlu titikberatkan juga seperti:
a). Jangan membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya
b). Jangan melakukan pembakaran secara terbuka
ermmmm...banyak lagi tu tapi saya tidak ingat masa ni...
Apapun, marilah kita sama memberi komitmen terhadap usaha-usaha yang boleh dilakukan dalam memastikan kelangsungan hidup yang selesa.

8 comments:

RumbiaMasolog said...

Sebab itu kenapa Negara Maju tidak mahu kita dan negara ke-3 yg lain membuka hutan2 mereka. Kerana negara2 yg banyak hutan ni la penyumbang terbesar kepada keseimbangan suhu di dunia ini. Bukan itu saja hutan kita juga yg memberi kehidupan kepada segala makhluk di dunia ini. Ini kerana hutan kita penyumbang terbesar kepada oksigen di dunia ini.

Oleh itu tidak hairan la kenapa Kinabalu Park n Maliau Basin dianugerahkan World Heritage kerana sumbangan terhadap keseimbagan suhu dan kandungan oksigen di bumi ini.

So.. lets do our parts by taking care of our environment and educate our children the important of loving our nature...

dardie said...

RM,

saya sangat setuju dengan kenyataan tuan tu. Kiat bersyukur kerana in current kita masih lagi memiliki khazanah alam yang sangat menyumbang kepada keseimbangan alam..kita perlu mulakan perasaan mencintai alam atau berbudi pada alam...

FL Feinier said...

Don't worry.. stiap minggu di KM, mesti ada ja putus bekalan electric dalam dua atau tiga kali sminggu (terutama di kampung sya)...tu pun, makan masa kadang2 6 jam dan ke atas, baru ada bekalan electric balik...geram..haha..

FL Feinier said...
This comment has been removed by the author.
dardie said...

Saudara FL Feinier..

Terima kasih kerana mengunjungi laman The Great Tamiang ni..aiyaa..itu suda melampau tu kalau selalu putus bekalan elektrik..sy rasa kamu perlu buat aduan beramai2 kepada mereka yang berkenaan tu supaya masalah tu selesai..kalau ko sorang2 ja pigi mengadu tu dorang nda berapa peduli tu..suru ketua kampung tulis surat pasal masalah tu..

dardie said...
This comment has been removed by the author.
Little Mike (LM) said...

kadang2 sebulan sekali putus bekalan elektrik.. ini kes berat juga nie... hehe

setuju dengan artikel ini. Kita perlu jaga bumi kita dengan mengambil peranan sama walaupun kecil tapi kecil itu jika terkumpul daripada attitude orang lain akan tetap membantu juga...

dardie said...

LM,
ya saya setuju benar dengan kata2 "kecil itu jika terkumpul daripada attitude orang lain akan tetap membantu juga"..alangkaah baiknya kalau masyarakat d luar sana dapat menerapkan semangat seperti ini..