Thursday, February 5, 2009

...Majmuknya Karakter...

Sedang saya asyik meniti sajak hasil tulisan jiwa "MICKEY'S CORNER"..tiba-tiba saya mendengar langkahan kaki menapak ke arah meja cubical tempat mencari nafkah.."hey buat ape tu?...dia bertanya tentang apa yang terbentang di skrin komputer.Dengan senang hati saya menjelaskan bahawa saya sedang menikmati tulisan sajak dari seorang blogger..dengan harapan agar dia jelas dan secara tidak langsung senang atau sekurang-kurangnya ok la dengan apa yang dilihat..hehehe..ternyata sangkaanku meleset.."aku pun tak faham la, kenapa orang-orang ni suka sangat nak tulis-tulis pasal diri sendiri, perasaan, peristiwa lalu untuk ditengok oleh orang lain. Kalau aku, aku tak suka la nak kongsi-kongsi cerita peribadi dengan orang lain katanya sambil gelak-gelak kecil. Dengan pantas otak ini mentafsir maksud kata-katanya itu...dengan pemangkin yang saya dengar dari meja sebelah"betul-betul apa yang you cakap tu, aku setuju"..kata perempuan tu.
"hey, semua orang tak sama macam you la. Kata-kata dengan sedikit kekerasan keluar dari mulut ini.
"kalau semua orang macam you, memang la blog macam ni takda. Saya menyambung semula.
"lain orang lain cara la..kalau semua orang macam you susahlah. Saya mengakhiri rentetan kata-kata dengan perasaan sedikit tidak puas hati..tapi memandangkan dia sedikit berpangkat, maka saya hiasi kata-kata itu dengan senyuman paksa. Padahal dalam hati memang terasa suhu semakin naik..
lalu, cepat-cepat saya memikirkan perkara lain, melupakan apa yang baru saja berlaku..walhal pada waktu itu, dia memberikan penjelasan, tapi entah mengapa pada saat itu segala penjelasannya langsung tidak melekat difikiran. Persetan la.
Yala. Memang semua orang mempunyai karakter yang berbeza dan pandangan berbeza mengenai sesuatu. Tapi alangkah baiknya kalau perbezaan itu disampaikan tanpa melukakan perasaan orang lain. Apabila kita dengan hebat mengatakan soal-soal diplomasi, maka dalam hal ini juga ianya perlu.
So, untuk semua blogger teruskan karya anda di sini. Kerana mungkin hanya segelintir mereka yang mahu menerima cara kita tapi tidak apa la, lain orang lain cara.

-Maaf saudara kerana mencoretkan ini-

2 comments:

Little Mike (LM) said...

jiwa manusia tidak sama... terima kasih atas kunjungan ke blog puisi saya...

aina tuan.. kalau dorang buka blog ko dan baca apa yg ko tulis nie.. nanti masam ja muka dorang heheh...

terima kasih atas galakan dan 'backing' daripada seorang teman utk blog puisi saya...

dardie said...

ya..ini la realiti yang saya adjustkan dalam penakulan saya..jiwa manusia tidak sama..

teruskan berkarya mick..terasa medium pemikiran longgar sedikit bila membiarkan ia menerawang ke alam tafsir..