Tuesday, September 15, 2009

Teknik Tarung Ayam Sabung Kita 2


3 Minggu yang lepas saya berkesempatan balik ke negeri tercinta Sabah..walaupun hanya 5 hari berada disana sekurang-kurangnya banyak rindu yang sempat diubati. Apapun saya tidak tertarik untuk bercerita mengenai kerinduan itu..apa yang saya ingin kongsikan kepada penggemar hobi yang sama dengan saya kali ini adalah sedikit sebanyak dapatan yang saya sempat kutip daripada seorang "otai" ayam sabung..seorang berbangsa Cina, telah menetap di Sabah sudah melebihi 40 tahun..memulakan hobi menyabung ayam laga ini sejak umur 17 tahun menurut beliau. Hobi itu timbul apabila pengaruh rakan-rakan lain menyerap dalam hidup remajanya..rakan2 beliau yang kebanyakannya berbangsa suluk bertanggungjawab dalam mengasah bakat beliau dalam mendalami hobi ini sehingga umur kini beliau yang suda mendekati 50 tahun..pernah sekali tu beliau tidak balik ke rumah selama 3 hari semata-mata mahu melihat dengan lebih dekat dan terperinci bagaimana untuk mahir mengendalikan hobi ini agar ianya dapat memastikan ayam2 sabung milik sendiri akan mencapai kehebatan yang diharapkan...heheheehe itulah antara cerita beliau semasa saya mengunjungi kediaman beliau di bahagian Tenggara Sabah..usia perkenalan yang walaupun belum menjangkau setahun telah banyak membina kepercayaan antara kami..terdapat beberapa insiden yang membuatkan kami selesa antara satu sama lain..beliau menganggap saya sebagai adik (bukan rakan sabung pula..hehehehe) tapi tidak apa la tu kan..

Baiklah, ini adalah hasil perkongsian beliau kepada saya dan saya ingin sekali membagikan pengalaman ini kepada sahabat2 di luar sana yang turut mempunyai senyuman hobi yang sama dengan saya hehehehe..Pertama, beliau menegaskan bahawa penjagaan kualiti keturunan ayam sangat penting dalam memastikan empayar ayam laga milik sendiri sentiasa mempunyai kualiti yang diharapkan..sesetengah penggemar hobi ini mempunyai kualiti ayam laga pada mulanya (bapak atau ibu ayam) tetapi tidak berjaya menghasilkan anak2 ayam dari keturunan ayam tersebut yang boleh dibanggakan, malah yang lebih teruk kualiti anak2 ayam tersebut tidak mencapai 50% kualiti asal keturunan tersebut (istilah kami "darah suda cair"). Kedua, beliau mengatakan bahawa prestasi ayam semasa di arena lawan (gelanggang) sangat bergantung kepada bagaimana kita menggunakan masa 3 bulan, 1 bulan, 2 minggu, 1 minggu, 3 hari dan sehari sebelum pertarungan untuk memaksimumkan kekuatan fizikal, mental dan yang paling penting kesihatan ayam sabung tersebut (maka, faham2 la kan pasal makanan, training dan rehat)..banyak tunjuk ajar yang diberikan dan ada beberapa kaedah yang bagi saya adalah perkara baru yang baik untuk dipraktikan.

Sambil berbual-bual beliau membawa saya melawat setiap kandang2 atau reban2 yang menempatkan beberapa variasi ayam laga yang beliau miliki..secara fizikal memang kelihatan sangat mengujakan. Ditambah dengan cerita2 orang yang mengagungkan kehebatan ayam2 sabung beliau lebih mengesahkan bahawa ayam2 sabung beliau ini bukan saja cantik2 dari segi fizikal malah hebat di arena lawan..pernah sekali ayam sabung beliau melawan ayam dari Pantai Barat Sabah (mengayau) dengan pertaruhan sebanyak RM 32,000.00..lawan itu kalah pada round ke-3 kerana tidak tahan menerima pukulan berbisa ayam beliau..huh!! kalau la saya ada pada masa tu menonton.."kalu pasang bawah RM 5,000.00 itu kita anggap masi kici woo" kata beliau dalam slang dia..
Ketiga, perkara yang perlu dipertimbangkan dalam membina empayar ayam sabung sendiri adalah mengenai variasi keturunan ayam yang ada..selalunya penggemar hanya menyimpan paling banyak 2 jenis keturunan ayam sahaja dalam satu2 masa..namun, beliau mengatakan adalah lebih baik sekiranya kita dapat menyimpan sekurang-kurangnya 4 jenis keturunan ayam yang mempunyai pelbagai teknik tarung.. alasannya ringkas sahaja "penggemar lain pasti mempunyai variasi teknik tarung ayam mereka" . Dengan adanya variasi yang kita miliki kita mampu untuk memilih yang mana satu ayam yang hendak dipertaruhkan semasa di gelanggang..

Tapi ini part yang paling siok..diakhir perbualan beliau telah memberikan saya seekor ayam sabung berumur 11 bulan dan seekor anak ayam berumur lebih kurang 5 bulan dengan harga yang pada saya berpatutan juga..hehehehe..hati melonjak gembira pada masa tu.."bukan senang mau dapat ayam dari saya ohh" kata beliau..hrmm merasa bertuah seketika..sampai ja di rumah petang tu saya sama bapa test tu ayam yang umur 11 bulan..hehehe nda payah cakap la macamana kan..hebat gila!!

Ok la, itu saja perkongsian saya untuk kali ini, saya pasti rakan2 penggemar di luar sana mempunyai lebih banyak pengalaman mengenai ayam sabung ni..jangan lokek mengongsikan apa yang kamurang tau k..hehehe..babai.

8 comments:

Little Mike (LM) said...

yukkk!.. besar ilmu sya dapat ni tn... hehe. ada jg ayam sabung di rumah tu tapi teda sudah tejaga tu skarang. bibit 8000...

dardie said...

hehehe..perkongsian ja ba ni mick..ini la ni mick yang sy tgu2 tu dari dulu lagi..bila kita buli pigi tinguk sama2 tu bibit tu?

MindaGuru said...

wooi siyuknya..hobi ternak dan jaga ayam sabung ok..jangan jadi bapa atau ibu ayam sudah.. he..he.

dijemput menyinggah diblog saya.tq

dardie said...

MindaGuru,

heheehe...betul apa yang kamu cakap tu..cukup sekadar hobi..jangan pula jadi rutin hidup yang mengatasi perkara yang lebih penting.

saya sudah mengunjungi blog MindaGuru..ternyata sesuai dengan gelaran "MindaGuru" yang diberikan pada blog tersebut..saya menanti entri seterusnya..selamat berkenalan.

marpie said...

sya ada beberapa specis ayam sabung us/american. boleh test ba klu kau..pi kudat kalu mau tengok.

dardie said...

marpie..wah, tidak sabar sy mau tengok tu..ba bagi number ko..nnt sy cari ko d kudat..

emanuel max said...

sa sne area penampang....ajar sa trainig ayam...hehe..buli kha

akupenternakayamsabung penampang said...

hello admin blog... anda masih berminat pelihara ayam sabung ka? ada kau punya breed first class yg mau dijual? kalau ada pls let me know at this email. ty akupenternakayamsabung@gmail.com