Thursday, November 13, 2008

Pada Sebuah Kerinduan

semalam..
aku masih lagi bersamanya
menapak pada langkah yang sinonim
berfikir pada ingatan yang serupa
tertawa pada gurauan yang seiras
semuanya membawa kepada sebuah lelalangan memori..

semalam..
aku bertaut pada jejari kasar itu
menatap pada kerut dahi
menjejak pada langkahan longlai
namun tidak pernah ada desahan keluhan..

rasanya sudah jauh menatangku
mencorak kehidupan insan aku
yang kini berdiri di pentas pembuktian
apa yang dapat ku kembalikan?
semalam...semalam..semalam...
berlalu...berlalu...berlalu

lalu..hari ini...
aku mengesat pada bibir mata
sebak pada sebuah kenangan
kerana mereka pada episod semalam
kini menjauh dari kuterpaku aku pada alam
menagih pada sebuah kembalinya masa
namun, terlentang pada helaian waktu..

Di Kejauhan Ini,
Aku Rindu Pada Sebuah Kebersamaan....
I Love You All....To All My Families....

No comments: