Sedang saya asyik meniti sajak hasil tulisan jiwa "MICKEY'S CORNER"..tiba-tiba saya mendengar langkahan kaki menapak ke arah meja cubical tempat mencari nafkah.."hey buat ape tu?...dia bertanya tentang apa yang terbentang di skrin komputer.Dengan senang hati saya menjelaskan bahawa saya sedang menikmati tulisan sajak dari seorang blogger..dengan harapan agar dia jelas dan secara tidak langsung senang atau sekurang-kurangnya ok la dengan apa yang dilihat..hehehe..ternyata sangkaanku meleset.."aku pun tak faham la, kenapa orang-orang ni suka sangat nak tulis-tulis pasal diri sendiri, perasaan, peristiwa lalu untuk ditengok oleh orang lain. Kalau aku, aku tak suka la nak kongsi-kongsi cerita peribadi dengan orang lain katanya sambil gelak-gelak kecil. Dengan pantas otak ini mentafsir maksud kata-katanya itu...dengan pemangkin yang saya dengar dari meja sebelah"betul-betul apa yang you cakap tu, aku setuju"..kata perempuan tu.
"hey, semua orang tak sama macam you la. Kata-kata dengan sedikit kekerasan keluar dari mulut ini.
"kalau semua orang macam you, memang la blog macam ni takda. Saya menyambung semula.
"lain orang lain cara la..kalau semua orang macam you susahlah. Saya mengakhiri rentetan kata-kata dengan perasaan sedikit tidak puas hati..tapi memandangkan dia sedikit berpangkat, maka saya hiasi kata-kata itu dengan senyuman paksa. Padahal dalam hati memang terasa suhu semakin naik..
lalu, cepat-cepat saya memikirkan perkara lain, melupakan apa yang baru saja berlaku..walhal pada waktu itu, dia memberikan penjelasan, tapi entah mengapa pada saat itu segala penjelasannya langsung tidak melekat difikiran. Persetan la.
Yala. Memang semua orang mempunyai karakter yang berbeza dan pandangan berbeza mengenai sesuatu. Tapi alangkah baiknya kalau perbezaan itu disampaikan tanpa melukakan perasaan orang lain. Apabila kita dengan hebat mengatakan soal-soal diplomasi, maka dalam hal ini juga ianya perlu.
So, untuk semua blogger teruskan karya anda di sini. Kerana mungkin hanya segelintir mereka yang mahu menerima cara kita tapi tidak apa la, lain orang lain cara.
-Maaf saudara kerana mencoretkan ini-
Thursday, February 5, 2009
..Apakah Kemelut Politik Perak Mirip Emosi kejatuhan PBS Sabah..
..Apakah Kemelut Politik Perak Mirip Emosi Kejatuhan PBS Sabah..
Itulah yang terlintas difikiran saya setelah selesai meniti satu-persatu cerita berita di halaman Berita Harian tadi..Apa yang membuatkan otak ini berfikir sedemikian adalah, kerana saya sangat mengambil tahu soal kejatuhan Parti Bersatu Sabah setelah 2 penggal memerintah kerajaan negeri Sabah suatu ketika dulu..pada masa itu, perkara yang paling melekat di otak adalah "beberapa ADUN lompat parti sebab dibayar"..Projek IC....walaupun saya juga tidak pasti sejauh mana benarnya cerita itu, namun kesannya tetap menjadi alasan untuk berhujah setiapkali perkara itu diperceritakan sesama sahabat..Sekali lagi hari ini ungkapan ini terbit dibenak pemikiran saya.."Apakah ADUN Perak itu juga dibayar???...kalau benar, apakah taktik itu sekali lagi digunakan untuk meruntuhkan kekebalan mereka? so, ini juga tidak mengambarkan pilihan rakyat..setelah menang mewakili parti lain dan melompat ke parti yang lain mengambarkan bahawa politik malaysia bukanlah suara rakyat...mungkin suara wang atau suara pangkat..

Subscribe to:
Posts (Atom)