Tuesday, March 30, 2010

Ayam Kampung Untuk Dijual



Salam Sejahtera..
Kepada anda yang berminat, pihak kami ada menjual ayam kampung baka tulin. Untuk pengetahuan anda, ayam-ayam kampung pihak kami diternak secara semi-intensif dan 100% diberi makan makanan organik. Dalam erti kata lain, pihak kami tidak memberikan sebarang perangsang terhadap tumbesaran ayam ini.
Harga bagi ayam-ayam kampung kami adalah seperti berikut:

Jantan (1 kg) = RM 9.00
Betina (1 kg) = RM 10.00

Kami juga turut menerima tempahan bagi mereka yang ingin membeli ayam mengikut peringkat umur serta telur ayam kampung.
Sebarang pertanyaan/tempahan boleh berhubung dengan pihak kami ditalian 019-3388728 (Jerry). Lokasi kami adalah di negeri Sabah.

Tuesday, September 15, 2009

Teknik Tarung Ayam Sabung Kita 2


3 Minggu yang lepas saya berkesempatan balik ke negeri tercinta Sabah..walaupun hanya 5 hari berada disana sekurang-kurangnya banyak rindu yang sempat diubati. Apapun saya tidak tertarik untuk bercerita mengenai kerinduan itu..apa yang saya ingin kongsikan kepada penggemar hobi yang sama dengan saya kali ini adalah sedikit sebanyak dapatan yang saya sempat kutip daripada seorang "otai" ayam sabung..seorang berbangsa Cina, telah menetap di Sabah sudah melebihi 40 tahun..memulakan hobi menyabung ayam laga ini sejak umur 17 tahun menurut beliau. Hobi itu timbul apabila pengaruh rakan-rakan lain menyerap dalam hidup remajanya..rakan2 beliau yang kebanyakannya berbangsa suluk bertanggungjawab dalam mengasah bakat beliau dalam mendalami hobi ini sehingga umur kini beliau yang suda mendekati 50 tahun..pernah sekali tu beliau tidak balik ke rumah selama 3 hari semata-mata mahu melihat dengan lebih dekat dan terperinci bagaimana untuk mahir mengendalikan hobi ini agar ianya dapat memastikan ayam2 sabung milik sendiri akan mencapai kehebatan yang diharapkan...heheheehe itulah antara cerita beliau semasa saya mengunjungi kediaman beliau di bahagian Tenggara Sabah..usia perkenalan yang walaupun belum menjangkau setahun telah banyak membina kepercayaan antara kami..terdapat beberapa insiden yang membuatkan kami selesa antara satu sama lain..beliau menganggap saya sebagai adik (bukan rakan sabung pula..hehehehe) tapi tidak apa la tu kan..

Baiklah, ini adalah hasil perkongsian beliau kepada saya dan saya ingin sekali membagikan pengalaman ini kepada sahabat2 di luar sana yang turut mempunyai senyuman hobi yang sama dengan saya hehehehe..Pertama, beliau menegaskan bahawa penjagaan kualiti keturunan ayam sangat penting dalam memastikan empayar ayam laga milik sendiri sentiasa mempunyai kualiti yang diharapkan..sesetengah penggemar hobi ini mempunyai kualiti ayam laga pada mulanya (bapak atau ibu ayam) tetapi tidak berjaya menghasilkan anak2 ayam dari keturunan ayam tersebut yang boleh dibanggakan, malah yang lebih teruk kualiti anak2 ayam tersebut tidak mencapai 50% kualiti asal keturunan tersebut (istilah kami "darah suda cair"). Kedua, beliau mengatakan bahawa prestasi ayam semasa di arena lawan (gelanggang) sangat bergantung kepada bagaimana kita menggunakan masa 3 bulan, 1 bulan, 2 minggu, 1 minggu, 3 hari dan sehari sebelum pertarungan untuk memaksimumkan kekuatan fizikal, mental dan yang paling penting kesihatan ayam sabung tersebut (maka, faham2 la kan pasal makanan, training dan rehat)..banyak tunjuk ajar yang diberikan dan ada beberapa kaedah yang bagi saya adalah perkara baru yang baik untuk dipraktikan.

Sambil berbual-bual beliau membawa saya melawat setiap kandang2 atau reban2 yang menempatkan beberapa variasi ayam laga yang beliau miliki..secara fizikal memang kelihatan sangat mengujakan. Ditambah dengan cerita2 orang yang mengagungkan kehebatan ayam2 sabung beliau lebih mengesahkan bahawa ayam2 sabung beliau ini bukan saja cantik2 dari segi fizikal malah hebat di arena lawan..pernah sekali ayam sabung beliau melawan ayam dari Pantai Barat Sabah (mengayau) dengan pertaruhan sebanyak RM 32,000.00..lawan itu kalah pada round ke-3 kerana tidak tahan menerima pukulan berbisa ayam beliau..huh!! kalau la saya ada pada masa tu menonton.."kalu pasang bawah RM 5,000.00 itu kita anggap masi kici woo" kata beliau dalam slang dia..
Ketiga, perkara yang perlu dipertimbangkan dalam membina empayar ayam sabung sendiri adalah mengenai variasi keturunan ayam yang ada..selalunya penggemar hanya menyimpan paling banyak 2 jenis keturunan ayam sahaja dalam satu2 masa..namun, beliau mengatakan adalah lebih baik sekiranya kita dapat menyimpan sekurang-kurangnya 4 jenis keturunan ayam yang mempunyai pelbagai teknik tarung.. alasannya ringkas sahaja "penggemar lain pasti mempunyai variasi teknik tarung ayam mereka" . Dengan adanya variasi yang kita miliki kita mampu untuk memilih yang mana satu ayam yang hendak dipertaruhkan semasa di gelanggang..

Tapi ini part yang paling siok..diakhir perbualan beliau telah memberikan saya seekor ayam sabung berumur 11 bulan dan seekor anak ayam berumur lebih kurang 5 bulan dengan harga yang pada saya berpatutan juga..hehehehe..hati melonjak gembira pada masa tu.."bukan senang mau dapat ayam dari saya ohh" kata beliau..hrmm merasa bertuah seketika..sampai ja di rumah petang tu saya sama bapa test tu ayam yang umur 11 bulan..hehehe nda payah cakap la macamana kan..hebat gila!!

Ok la, itu saja perkongsian saya untuk kali ini, saya pasti rakan2 penggemar di luar sana mempunyai lebih banyak pengalaman mengenai ayam sabung ni..jangan lokek mengongsikan apa yang kamurang tau k..hehehe..babai.

Tuesday, July 21, 2009

Teknik/Cara Bertarung Ayam Sabung Kita


Salam kepada semua....
Untuk perkongsian kali ini, saya mahu memberikan sedikit pertukaran pandangan dan maklumat mengenai hobi saya sejak tahun 2003 iaitu "ayam sabung"...hehehehehe..mungkin ramai yang akan rasa pelik dengan hobi saya ni sebab almaklumlah era moden ni tidak ramai lagi anak2 muda sebaya saya yang memiliki hobi seperti ini..tapi tidak apa la..mungkin lebih baik kalau saya tujukan perkongsian ini kepada mereka yang sama minat..

Ok, untuk kali ini saya suka berkongsi mengenai teknik bertarung ayam sabung dan ciri2 ayam petarung baik sekiranya kita memiliki..kebanyakan peminat ayam sabung sudah arif dan faham mengenai setiap teknik bertarung ayam yang mereka ada..sehinggakan ada di kalangan mereka yang sudah lama menempah nama di arena ayam sabung baik secara local atau international. Dan yang pasti tersohornya nama mereka adalah kerana telah membuktikan bahawa mereka memiliki ayam petarung yang hebat dan menarik..apatah lagi mereka yang pernah memiliki ayam yang tidak pernah kalah dalam sejarah tarungnya..alamak banyak pula intro saya ni, nanti la lainkali saya bagi intro yang lebih detail lagi sebab fokus saya hari ini adalah hanyak mengenai teknik bertarung saja..tapi maaf sebab istilah yang akan saya gunakan 100% Sabah punya cakap..hehehehe.

Berapa banyak teknik bertarung ayam yang kita tahu?sejauh mana kita menghayati teknik bertarung itu dalam proses "pembikinan jaguh atau bakal jaguh sabung"?ada beberapa teknik dan cara bertarung yang sering diperkatakan oleh peminat sabung di serata sabah..: (mungkin istilah ini berbeza di tempat lain)

1. Angkul
2. Pack body
3. Pukul badan
4. Kapal selam
5. Terada banyak
6. Kepala tunggul
7. Kepala laju
8. Pegang pukul
9. Lambat pukul tapi bom
10. Menaling
11. Magandai
12. Pukul samping
13. Pukul depan

....banyak lagi tu mungkin ada beberapa lagi yang saya lupa nyatakan di sini. Tapi tidak apa..hehehee. So, antara teknik dan cara bertarung ayam sabung ini, manakah yang ada pada ayam kita?kamu?. Manakah yang paling kita suka? (kalau berpeluang dapat).

Bagi saya, setiap teknik dan cara bertarung ini bagus (kecuali no. 6, dan no. 11). Walau bagaimanapun, sekiranya ayam yang kita miliki itu hanya mempunyai satu atau dua kombinasi teknik/cara sahaja maka, perlu diperhatikan lawan terlebih dahulu..kadang2 orang bilang sumbang mainan atau senang cakap tidak boleh bersaing. Contohnya ayam yang hanya mempunyai teknik pukul depan (no.13) agak sukar untuk menewaskan lawan yang mempunyai teknik kepala laju (no.7) atau pack body (no.2). Namun, kalau ayam yang pukul depan itu ada kombinasi menaling (no.10) ada kemungkinan perlawanan itu adalah seimbang..

Sebagai perkongsian peribadi, sekiranya saya diberi pilihan saya lebih suka ayam yang memiliki kombinasi teknik pack body/pukul badan + terada + kepala laju + menaling. Kualiti ayam seperti ini adalah jenis ayam yang dalam pembikinan saya sekarang. Harap2 dalam setahun dua lagi hasilnya akan kelihatan..

bah, itu sajalah untuk kali ini..dalam entri yang akan datang saya akan berkongsi perkara lain pula mengenai ayam sabung ini untuk perkongsian dan tatapan.

**kepada peminat ayam sabung di luar sana, anda di alu-alukan untuk bagi perkongsian dalam bentuk komen. terima kasih banyak.

Monday, March 23, 2009

KEHIDUPAN KITA TERANCAM

Pagi itu seperti biasa saya datang ke pejabat tempat mencari makan. Sampai saja saya terus menghidupkan enjin komputer saya sambil mengemaskan meja yang tidak sempat saya lakukan semalam..seperti biasa saya login dengan password peribadi di komputer tersebut dan meng"click" pada ikon internet dengan tujuan membuka email jabatan saya...uhhh!!! banyaknya email berderet ni..'macamana juga begini banyak ni sedangkan kemarin petang tiada pun'. Saya merungut..

Saya menyusuri satu persatu email tersebut melihat mana-mana tajuk yang paling penting untuk diambil tindakan dulu..hehehe..dalam banyak-banyak email yang saya terima itu, saya tertarik pada satu email daripada www.earthhour.com..maka, dalam artikel yang saya baca tu saya terpanggil untuk membuat kesimpulan dan komen mengenai artikel yang saya baca tu..sila renungkan.

Seperti yang kita tahu, dunia kita serta segala hidupan yang ada di dalamnya termasuk kita sebagai manusia sedang menghadapi bencana dan risiko kemudaratan yang dianggap sebagai "pembunuh ekologi" iaitu PEMANASAN GLOBAL (global warming)..sedar atau tidak, isu ini telah lama diperkatakan dan dibincangkan oleh pihak2 pakar dari serata negara bagi mencari pendekatan kepada penyelesaian masalah ini..namun, bertahun sudah berlalu, keselesaan yang dialami oleh manusia menyebabkan kita lalai dan alpa untuk menyedari bahawa bencana ini semakin menunjukkan kehebatannya..

Menurut pakar alam sekitar, terdapat dua kesan yang paling besar yang akan dialami oleh bumi serat isinya iaitu:
1. Peningkatan suhu 3 hingga 5 darjah celcius yang boleh menimbulkan banyak masalah kepada tanaman, bekalan air, keselesaan bernafas, dan kewujudan penyakit yang tidak pernah ada sebelum ini.
2. Akibat peningkatan suhu juga turut menyumbang kepada peningkatan paras air laut sehingga 82 kaki (25 meter) menjelang tahun 2100..dan saya merasakan ianya akan berlaku jauh lebih awal daripada yang dijangka kerana perkiraan itu cuma mengambilkira aktiviti bumi ketika ini sahaja. Bayangkan pada masa itu, banyak pulau dan kawasan rendah yang akan tenggelam akibat kenaikan paras laut ini.

Daripada dua kesan utama ini, saya berpandangan bahawa ada banyak lagi kesan sampingan yang akan menyusul, dan yang mengerikan ianya telah mula berlaku sekarang..sedarkah kita bahawa alam kita (Malaysia Khususnya) tidak lagi seperti 10 tahun atau 20 tahun yang lalu..kalau dulu kita boleh berbangga kerana kita terkeluar daripada kawasan yang berisiko menerima bencana alam yang teruk..tapi, kini kebanggaan dan keselesaan itu sudah tidak relevan lagi..lihat saja, dulu kita jarang mendengar kawasan di negara kita yang terjejas teruk dengan banjir, tapi kini seolah-olah banjir itu sudah menjadi rutin setiap tahun dan ianya berlaku tidak mengira tempat..kebakaran juga turut menempatkan diri. Pemanasan melampau pada ketika tertentu menyebabkan kebarakan hutan yang banyak memusnahkan khazanah alam kita..
lantaran itu, akibat jangkamasa panjang adalah pada kehidupan kita seharian dan juga kepada generasi kita yang akan datang. Penghasilan sumber alam yang semakin merosot, pertambahan percemaran yang mengundang banyak penyakit baru...semua ini membawa kita kepada suatu medium kehidupan yang semakin terseksa. Mahukah kita melihat keadaan ini berlaku dengan begitu saja tanpa melakukan sesuatu..oleh itu, sahabat2 sekalian, terdapat beberapa saranan yang kita boleh lakukan setiap hari dalam kehidupan kita bagi melambatkan atau mengurangkan lagi kesan pemanasan global ini. Antara perkara yang kita perlu lakukan adalah:

1. Penjimatan penggunaan sumber kuasa
Stesen janakuasa menyumbang 22% kepada pelepasan gas karbon dioksida di udara. Oleh itu,
dengan mengamalkan penjimatan terhadap penggunaan tenaga elektrik di rumah, pejabat dan di mana saja, kita dapat mengurangkan kadar pelepasan gas CO2 ini. Bagi yang bkesempatan, kita boleh menyertai kempen memadamkan lampu selama 1 jam bermula pukul 8.30mlm hingga 9.30 mlm pada 28 Mac 2009. Dengan penyertaan yang ramai mengenai kempen ini diharapkan dapat menjadi satu trend kepada pengguna untuk mengamalkan penjimatan.

2. Meminimakan penggunaan plastik
Plastik yang dihasilkan melalui pemprosesan industri menyumbang 17% kepada pelepasan gas CO2 diudara. Selain itu, proses penguraian (pereputan) plastik secara semulajadi adalah sangat lambat disamping membebaskan racun-racun berbahaya semasa pereputannya. Kandungan bahan kimia berbahaya yang akan masuk ke sistem pengairan (sungai, tasik) mengundang banyak risiko kepada kesihatan hidupan yang meminumnya. Sebagai satu contoh, di negara Jepun kandungan bahan kimia jenis Cadmium didapati sangat tinggi pada ikan-ikan yang ditangkap di sungai dan pesisir pantai negara itu. Budaya masyarakat negara itu yang gemar memakan ikan dalam rutin makanan harian mereka sangat terdedah kepada risiko kerosakan buah pinggang dan hati.

3. Meminimakan penggunaan bahan api
Ini sangat jelas bahawa pembakaran bahan api seperti minyak kenderaan menyumbang 14% pelepasan gas CO2 diudara. Sebagai pengguna setia kepada kemudahan ini, adalah lebih baik sekiranya kita dapat mengurangkan penggunaan kenderaan untuk perkara-perkara yang kurang penting dalam kehidupan kita.

3 perkara di atas merupakan isu utama yang perlu kita ambil perhatian secara serius. Kalau kita perasan, CO2 adalah penyumbang terbesar kepada pemanasan bumi kita. Banyak kajian pakar sains yang mempublishkan hasil kajian turut bersetuju bahawa peningkatan kandungan CO2 di udara menyebabkan peningkatan suhu bumi. Namun, terdapat juga banyak perkara-perkara kecil yang kita turut perlu titikberatkan juga seperti:
a). Jangan membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya
b). Jangan melakukan pembakaran secara terbuka
ermmmm...banyak lagi tu tapi saya tidak ingat masa ni...
Apapun, marilah kita sama memberi komitmen terhadap usaha-usaha yang boleh dilakukan dalam memastikan kelangsungan hidup yang selesa.

Thursday, February 5, 2009

...Majmuknya Karakter...

Sedang saya asyik meniti sajak hasil tulisan jiwa "MICKEY'S CORNER"..tiba-tiba saya mendengar langkahan kaki menapak ke arah meja cubical tempat mencari nafkah.."hey buat ape tu?...dia bertanya tentang apa yang terbentang di skrin komputer.Dengan senang hati saya menjelaskan bahawa saya sedang menikmati tulisan sajak dari seorang blogger..dengan harapan agar dia jelas dan secara tidak langsung senang atau sekurang-kurangnya ok la dengan apa yang dilihat..hehehe..ternyata sangkaanku meleset.."aku pun tak faham la, kenapa orang-orang ni suka sangat nak tulis-tulis pasal diri sendiri, perasaan, peristiwa lalu untuk ditengok oleh orang lain. Kalau aku, aku tak suka la nak kongsi-kongsi cerita peribadi dengan orang lain katanya sambil gelak-gelak kecil. Dengan pantas otak ini mentafsir maksud kata-katanya itu...dengan pemangkin yang saya dengar dari meja sebelah"betul-betul apa yang you cakap tu, aku setuju"..kata perempuan tu.
"hey, semua orang tak sama macam you la. Kata-kata dengan sedikit kekerasan keluar dari mulut ini.
"kalau semua orang macam you, memang la blog macam ni takda. Saya menyambung semula.
"lain orang lain cara la..kalau semua orang macam you susahlah. Saya mengakhiri rentetan kata-kata dengan perasaan sedikit tidak puas hati..tapi memandangkan dia sedikit berpangkat, maka saya hiasi kata-kata itu dengan senyuman paksa. Padahal dalam hati memang terasa suhu semakin naik..
lalu, cepat-cepat saya memikirkan perkara lain, melupakan apa yang baru saja berlaku..walhal pada waktu itu, dia memberikan penjelasan, tapi entah mengapa pada saat itu segala penjelasannya langsung tidak melekat difikiran. Persetan la.
Yala. Memang semua orang mempunyai karakter yang berbeza dan pandangan berbeza mengenai sesuatu. Tapi alangkah baiknya kalau perbezaan itu disampaikan tanpa melukakan perasaan orang lain. Apabila kita dengan hebat mengatakan soal-soal diplomasi, maka dalam hal ini juga ianya perlu.
So, untuk semua blogger teruskan karya anda di sini. Kerana mungkin hanya segelintir mereka yang mahu menerima cara kita tapi tidak apa la, lain orang lain cara.

-Maaf saudara kerana mencoretkan ini-

..Apakah Kemelut Politik Perak Mirip Emosi kejatuhan PBS Sabah..

..Apakah Kemelut Politik Perak Mirip Emosi Kejatuhan PBS Sabah..

Itulah yang terlintas difikiran saya setelah selesai meniti satu-persatu cerita berita di halaman Berita Harian tadi..Apa yang membuatkan otak ini berfikir sedemikian adalah, kerana saya sangat mengambil tahu soal kejatuhan Parti Bersatu Sabah setelah 2 penggal memerintah kerajaan negeri Sabah suatu ketika dulu..pada masa itu, perkara yang paling melekat di otak adalah "beberapa ADUN lompat parti sebab dibayar"..Projek IC....walaupun saya juga tidak pasti sejauh mana benarnya cerita itu, namun kesannya tetap menjadi alasan untuk berhujah setiapkali perkara itu diperceritakan sesama sahabat..Sekali lagi hari ini ungkapan ini terbit dibenak pemikiran saya.."Apakah ADUN Perak itu juga dibayar???...kalau benar, apakah taktik itu sekali lagi digunakan untuk meruntuhkan kekebalan mereka? so, ini juga tidak mengambarkan pilihan rakyat..setelah menang mewakili parti lain dan melompat ke parti yang lain mengambarkan bahawa politik malaysia bukanlah suara rakyat...mungkin suara wang atau suara pangkat..

Thursday, January 8, 2009


GOLDEN JR.
Gelaran diberi sempena warna bulu yang menyerupai warna bulu mendiang pejantannya dulu. Umur 1 tahun 4 bulan dengan rekod 3 kali kemenangan setakat ini. Kelihatan biasa tapi sangat mengujakan apabila menampakkan corak menyerang yang konsisten tanpa risau akan serangan yang diterima.
ermmmm...inilah hobi saya, mengumpul koleksi ayam sabung dari pelbagai variasi keturunan dan asal usul..pada entri akan datang saya akan memperlihatkan kepada sahabat2 sehobi sekalian apa yang saya maksudkan dengan variasi itu..lagi, sebenarnya R&D yang kita lakukan terhadap kualiti ayam petarung ini sangat penting bagi menghasilkan baka baru yang lebih unggul...adioss...